Monday 26 September 2016

Perkhemahan Pengakap Dan Jati PPKI SMKPZ 2016 Bil 5

Tarikh: 25 September 2016 (Ahad) Pagi

Pada pagi ini telah diadakan aktiviti senaman pagi secara beramai-ramai. Setelah sarapan, semua peserta telah mengikuti program memanah. Tamat program memanah telah diadakan majlis penutup yang disempurnakan oleh Puan Hasmah binti Abu Bakar, GPK Pendidikan Khas SMKPZ.
Para peserta tiba di SMKPZ pada jam 3.00 petang dengan menaiki bas Abang Kumar.
Terima kasih kepada semua yang telah menjayakan program ini. Semoga berjumpa lagi di tahun hadapan di tempat yang lain pula.

 Satihyasellon sangat gembira mengikuti aktiviti senaman pagi.

 Tarikh nafas. Oh, sapa pulak kentut ni?

 Selamat pagi putera puteri!

 Aktiviti senaman perut / sarapan pagi.

 37 tahun saya hidup inilah kali pertama saya tengok bangunan batu-bata berbumbungkan kanvas khemah orang kahwin (kat bucu kiri atas tu, ada 3).

 Satihyasellon nak panah burung.

 Haziq sedang mempelajari kaedah memanah.

 Sabda Nabi SAW, "Ajarlah anakmu memanah, berenang dan berkuda."

 Sudut pandang aktiviti memanah dari sudut kamera Abang Jaga Parking.

 Cikgu Nor Wahidah dan Azean mengikuti aktiviti memanah.

 Wajah siapalah yang dibayangkan Cikgu Hasmah di papan sasaran tu?

 Cikgu Shariza sedang memanah.

 Bukti kena sasaran.

 Eh, tak habih-habih lagi ka? Sorang berapa anak panah?

 Hujan cikgu, hujan...

 Ehhh, banyak pula gambar depa tiga orang ni memanah.

 Ayah sedang menyampaikan ucapan di majlis penutup.

 Cikgu Nor Wahidah mengacarakan majlis.

 Cikgu Mohd Abdullah sedang membacakan doa pembuka majlis.

 Puan Hasmah binti Abu Bakar sedang menyampaikan ucapan penutup.

 Berdebar-debar menunggu keputusan Peserta Kepimpinan Terbaik dan Peserta Terbaik.

 Syafiq Shafizan terpilih Peserta Kepimpinan Terbaik.

 Abu Abdul Hassan terpilih Peserta Terbaik.

 Terima kasih Ayah!

 Tamat majlis penutup, operasi mengemas diteruskan. Ramai yang tak mengaku hak milik pakaian-pakaian yang terdampar di bilik air dan ampaian baju sehingga terpaksa dibuka beg-beg untuk diperiksa.

 37 tahun saya hidup, inilah kali pertama kena menyanyi lagu Negaraku sebelum makan. Sekolah SK Seri Kelana buat majlis penutup, tiba-tiba ada pula lagu Negaraku.

 Di suatu lokasi yang dirahsiakan, ada sekumpulan manusia bergambar bersama banner program ini. Ini trend terkini kot?

 Kalau tengok betul-betul, ada batas sayur kat bucu kanan bawah tu.

 Bukti PCX sampai di Ulu Bendul.

Camping lagi tahun depan. Insya Allah.

No comments:

Post a Comment